Expired : 18.06.18

AMD, Cooler Master Dan MSI Bekerjasama Untuk Memperkenalkan Kempen Play Fast, Play Cool

AMD baru-baru ini telah memperkenalkan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 3000 dan juga siri kad grafik AMD Radeon RX 5700 mereka yang memfokuskan prestasi gaming berkuasa pada tanda harga lebih mampu milik.


Jika anda seorang pembina komputer kali pertama, anda mungkin akan berasa dibelenggu oleh pilihan-pilihan komponen yang sangat banyak di pasaran sekarang.



Terkini, AMD, bersama-sama dengan Cooler Master dan MSI telah memperkenalkan kempen Play Fast, Play Cool dimana ketiga-tiga jenama ini mengesyorkan komponen-komponen seperti papan induk MSI X570, penyejuk CPU dan juga bekalan kuasa Cooler Master yang berpatutan untuk CPU AMD Ryzen 3000 terbaru anda.



Diantara komponen-komponen yang disyorkan termasuklah papan induk seperti MSI MEG X570 ACE, penyejuk CPU Cooler Master ML240R RGB dan bekalan kuasa Cooler Master V750 Gold.


Malah, didalam satu pengesyoran sistem komputer yang penuh, kad grafik MSI Radeon RX 5700 XT Mech OC, disamping komponen dan perkakasan yang lain untuk pengalaman gaming yang serba lengkap.


Layari laman web Play Fast, Play Cool


Norlida Ishak Shop