Expired : 18.06.18

AMD Dikatakan Bakal Mengumumkan Kehadiran Cipset X570 Di Acara COMPUTEX Taipei 2019 – Hadir Dengan Sokongan PCIe 4.0

Sejak pelancaran siri CPU AMD Ryzen tahun lalu, AMD tidak berhenti menginovasi teknologi mereka untuk memastikan mereka kekal di hadapan syarikat-syarikat pesaing yang memberikan para pengguna nilai dan prestasi yang terbaik apabila membina komputer.


AMD dijangka melancarkan siri CPU Zen 2, ataupun Ryzen 3000 mereka tahun hadapan, dan sama seperti kad grafik Navi mereka, bakal menggunakan cip yang dibina menggunakan proses 7nm yang membolehkan mereka memuatkan lebih banyak transistor di dalam satu CPU.



Untuk ini, AMD dikatakan bakal memperkenalkan cipset X570, ataupun kod namanya Matisse di acara COMPUTEX Taipei 2019, dan apa yang menarik selain daripada sokongan untuk CPU siri Zen 2, ia juga dikatakan bakal hadir dengan sokongan untuk sambungan PCIE 4.0, yang mempunyai kadar penghantaran data dua kali ganda lebih pantas daripada PCIE 3.0.


Slaid yang hadir melalui laman web Gamer.com.tw menunjukkan bahawa AMD dilihat bakal mengumumkan kehadiran cipset X570/Matisse ini di acara COMPUTEX Taipei tahun hadapan,


Norlida Ishak Shop