Expired : 18.06.18

Ameerah Care’ Permatang Pauh ‘Back To School 2019

Oleh : Farhana Fadhil


30 Dis 2018 | Ahad |PERMATANG PAUH: Ameerah Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh meneruskan misi program kebajikan melalui program berkalanya ‘Ameerah Care’dan kali ini dengan versi ‘Back To School 2019’ Sedikit sumbangan tunai serta alat tulis telah disampaikan kepada 30 orang penerima yang terdiri dari kalangan keluarga miskin, ibu tunggal, ibu tinggal dan waris yang sakit.



Majlis berlangsung di dataran Masjid Batu, Kg Pertama, Permatang Pauh bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada 4.30 petang.

Majlis dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Permatang Pauh, Tuan Hj Omar Hassan. Turut hadir Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Permatang Pauh , Ustazah Norhapiza Saad



Penerima sumbangan diraikan di dalam majlis yang ringkas tetapi penuh makna.



Objektif program adalah bagi meringankan sedikit bebanan ibubapa dalam menyediakan persiapan awal sekolah anak-anak.



Aspek kebajikan menjadi agenda utama muslimat PAS sebagai tanda ingatan dan keprihatinan.



Membawa moto’Kami Prihatin’, Ameerah Care mendedahkan para muslimat muda PAS kepada permasalahan yang dihadapi masyarakat sekeliling lalu mengambil berat terhadap nasib mereka yang kurang berkemampuan.


The post Ameerah Care’ Permatang Pauh ‘Back To School 2019 appeared first on Berita Parti Islam Se Malaysia (PAS).


Norlida Ishak Shop