Expired : 18.06.18

Amir Isma gesa kuat kuasa undang-undang redakan ketegangan isu kuil


Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar Abdul Ghaffar


BANGI, 20 Rabiulawal 1440H, Rabu – Pihak berkuasa digesa tidak meraikan atau berkompromi dengan mana-mana pihak yang bertanggungjawab dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Isnin lalu sehingga menjejaskan proses keadilan.


Sehubungan itu, Amir Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman mendesak supaya tindakan tegas dalam pelaksanaan undang-undang segera diambil, bagi meredakan semula ketegangan yang berlaku sejak dua hari lalu.


Beliau dalam satu kenyataan hari ini, menzahirkan rasa kesal terhadap insiden berkenaan hingga menyebabkan kecederaan kepada anggota keselamatan dan kemusnahan harta benda.


“Saya berpandangan terdapat kecenderungan tertentu dalam kalangan pemimpin antara kaum yang mengheret isu ini kepada masalah perkauman, sedangkan isu yang sebenar ialah ketidakpatuhan pihak-pihak yang terlibat terhadap undang-undang negara.


“Masyarakat awam perlu mengambil pendirian rasional dan berwaspada agar tidak terjurumus ke kancah pertelingkahan yang tidak menguntungkan sesiapa,” katanya.


Ustaz Abdullah Zaik berkata, beliau yakin pihak berkuasa terutama polis mampu menyelesaikan dan membawa dalang kepada insiden itu ke muka pengadilan.


“Saya juga menyeru pihak-pihak yang tampil kedepan untuk tidak mengorbankan kepentingan awam dengan menyebelahi pertimbangan politik yang bersifat populis dan membelakangkan undang-undang sedia ada,” katanya.


Isnin lalu, ratusan individu berkumpul di kawasan tapak kuil berkenaan sebelum tercetus pergaduhan di lokasi terbabit.


Difahamkan, perselisihan faham antara dua kumpulan mengenai isu perpindahan tapak kuil itu menjadi punca pergaduhan berkenaan.


Keadaan bertambah tegang apabila berlaku satu lagi insiden kekecohan terbaharu di kuil berkenaan sehingga menyebabkan seorang anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya cedera parah.


Serangan berkenaan turut menyebabkan dua jentera bomba iaitu satu unit van EMRS dan jentera pemadam (FRT) turut dirosakkan kumpulan perusuh dianggarkan seramai 1,000 orang.


Setakat ini, polis telah menahan 21 individu yang disyaki terbabit dalam rusuhan itu.


The post Amir Isma gesa kuat kuasa undang-undang redakan ketegangan isu kuil appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop