Expired : 18.06.18

AMK bimbang reformasi gagal jika PH ambil pemimpin lawan

Datuk Zainol Fadzi Paharudin (kanan) bersama 200 bekas ahli Umno Perak menyerahkan permohonan mereka menyertai PPBM 14 Mei 2018. — Foto oleh Marcus Pheong
Datuk Zainol Fadzi Paharudin (kanan) bersama 200 bekas ahli Umno Perak menyerahkan permohonan mereka menyertai PPBM 14 Mei 2018. — Foto oleh Marcus Pheong

IPOH, 17 Mei — Pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu berhati-hati dalam soal  kemasukan secara besar-besaran anggota pembangkang ke dalam gabungan itu, kata Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Perak Mohd Azlan Helmi.

Beliau berkata sekiranya keadaan sedemikian tidak dipantau secara serius, ia boleh memberi kesan kepada cita-cita seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan reformasi untuk kesejahteraan jiwa, minda dan ekonomi mereka.



“Saya melihat perkembangan beberapa ketika ini perlu diperhalusi dengan serius.



“Kemasukan secara besar-besaran ahli parti pemerintah yang dahulu yang penuh dengan rasuah dan penyelewengan amatlah membimbangkan, budaya mereka juga sangat berbeza,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.



Dalam pada itu, Mohd Azlan Helmi berkata AMK Perak amat yakin bahawa Menteri Besar Ahmad Faizal Azumu akan memacu kemajuan dan pembangunan yang lebih baik dan memberi kesejahteraan kepada seluruh warga negeri Perak. — Bernama


Norlida Ishak Shop