Expired : 18.06.18

#AmpunTuanku mohon Permaisuri Agong kembali ke Twitter

Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraikan warga Taman Sinar Harapan di Cheras semalam. — Foto Bernama
Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraikan warga Taman Sinar Harapan di Cheras semalam. — Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 12 Sept — Warga maya melancarkan kempen memohon Raja Permaisuri Agong mengaktifkan semula akaun Twitternya yang ditutup semalam.


Kempen dengan tanda pagar #AmpunTuanku itu bertujuan memohon Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mengubah fikiran, sekaligus kembali semula di laman sosial.


“Saya datang dari negeri yang tidak mempunyai raja, tetapi dengan memiliki raja dan permaisuri sepertinya adalah satu anugerah,” kata satu dari puluhan ribu pengguna.


“Mereka mewakili kesatuan negara ini, simbol yang mempersatukan kita. Ampun Tuanku, saya minta anda terpaksa harungi masalah ini #AmpunTuanku.”


Baginda dipercayai diserang tanpa henti atas ciapannya yang mempromosikan optimisme, sikap positif dan hubungan baik, sebelum menutup akaun @cheminahsayang.


Permaisuri Agong juga dikritik ketika perbarisan Hari Kemerdekaan kerana mengambil gambar di acara tersebut, sebelum menjelaskan tindakannya dibuat atas arahan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’huddinuddin Al-Mustafa Billah Shah.


Baca seterusnya di Malay Mail.


Norlida Ishak Shop