Expired : 18.06.18

‘Anak-Anak Dah Kemaruk Telefon?’-Ini Perkongsian Yang Amat Mengejutkan Dari Jurutera Barang Elektronik

Ada segelintir ibu bapa yang selalu meletakkan telefon berhampiran dengan bahagian kepala anak bila si kecil tidur. Namun tanpa menyedari, tindakan itu sebenarnya boleh mendatangkan bahaya yang tidak kelihatan.


Menurut bekas jurutera syarikat Intel dan Western Digital ini, radiasi yang terhasil dari gelombang isyarat telefon pintar, berupaya menjejaskan sel-sel otak anak-anak kecil yang sedang berkembang. Perkara ini bukanlah sesuatu yang baru dan sudah ramai yang mengkajinya.


Jadi, ibu bapa diminta untuk tidak berbuat demikian di masa akan datang bagi mengelakkan anak-anak kecil berisiko menghidap penyakit yang tidak diingini. Semoga informasi dari Puan Nana Farhanah ini bermanfaat.


PERKARA ini kadang-kadang berlaku pada saya dan anak-anak. Sambil-sambil menidurkan atau menyusukan anak, sambil itu reply mesej (pm) dari pelanggan. Kadang-kadang sampai tertidur. Sedar-sedar saja, telefon bimbit berada di kepala anak kecil.



Allah, masa itu terkilan sangat. Terkilan sebab teringat betapa tidak bagusnya apabila telefon pintar ini diletakkan berdekatan dengan kepala anak. Tahu tak, kenapa tak eloknya telefon pintar diletakkan berdekatan dengan bahagian kepala anak-anak kecil?


Radiasi dari signal telefon bimbit ini sangat berbahaya, lebih-lebih lagi pada anak-anak kecil kerana ia boleh menjejaskan sel-sel otak yang sedang berkembang terutamanya bayi berusia enam bulan ke bawah.


Antara risiko lain:
Kanser
Tumor otak
Parkinson
Alzheimer
Sakit kepala atau migrain
Sakit mata atau rabun


Risiko-risiko ini bukan terdedah kepada anak-anak sahaja, tetapi juga pada golongan dewasa. Jadi, sebelum masuk tidur, pastikan anda telah melakukan dua perkara ini:
Dah selesaikan semua urusan berkaitan dengan telefon bimbit.
Matikan WiFi atau data internet. Letak telefon jauh dari tempat tidur.


Ini baru kesan letak telefon di bahagian kepala, belum masuk lagi kesan anak-anak bermain telefon. Nanti saya kongsikan lagi maklumat mengenainya.
Nana Farhanah


Bekas Jurutera dI Intel dan Western Digital


Sumber: thereporter.my


Selain Larangan Meletak Telefon Di Kepala Anak-Anak Kita, Terdapat Beberapa Tempat Lain Yang Turut Dilarang


Sebelum ni kita tak pernah kisah kat mana nak letak handphone… kadang sampai ke dapur bawa handphone sebab nak snap gambar lepas tu letak je dekat periuk atau dapur gas… kini kena alert kat mana kita letak handphone kita…


1. Jangan Simpan Dalam Poket Seluar
Sebagai pengguna telefon bimbit lelaki biasanya kita selalu menyimpan telefon bimbit di dalam poket seluar namun kajian mengatakan elektrostatik & elektromagnetik yang dihasilkan telefon bimbit boleh membuat lelaki menjadi mandul, dan mengundang tindak balas yang tidak baik pada anda. Selain itu jika kita jika kita lupa meletakkan telefon bimbit di dalam seluar silap-silap telefon bimbit tersebut boleh juga termasukan ke dalam mesin cuci pakaian.


2. Jangan Letakkan Bersama Barang Elektronik
Jangan simpan telefon bimbit anda dekat dengan barang elektronik lainya seperti di dekat TV, laptop sebab barang elektronik boleh mengeluarkan medan elektonik yang tinggi yang boleh membuat telefon bimbit kesayangan anda menjadi rosak.


Image result for telefon bimbit dengan television

3. Dilarang Dekat Kunci Kereta
Dalam keadaan tertentu, telefon bimbit yang digunakan dalam kenderaan akan memberikan kesan sampingan terhadap peralatan elektronik kenderaan. Telefon bimbit yang diletakkan terlalu dekat dengan kunci kereta ternyata boleh menghapus kod elektronik yang ada di kunci kereta tersebut. Terutama bagi kereta mewah.


4. Jangan Diletakkan Dekat Komputer
Komputer, laptop dan telefon bimbit sama-sama memancarkan gelombang elektromagnetik. Jika berada dalam jarak yang dekat, maka keduanya akan saling memberi kesan. Pasti kedua barangan ini amat anda sayangi. Sebaiknya jangan diletakan terlalu hampir diantara keduanya.


5 Jangan letakkan dekat Gas yang mudah terbakar
Pasti anda berfikir dengan meletakkan telefon bimbit dekat dengan gas boleh membuat gas meletup. Padahal tidak begitu, melainkan jika telefon bimbit berada dengan gas yang mudah terbakar boleh mengakibatkan telefon bimbit tidak dapat berfungsi dengan baik.


6. Jangan sesekali menyimpan atau diletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta Berkunci
Meninggalkan atau meletakkan telefon bimbit anda di dalam kereta akan dapat dilihat oleh orang luar. Pasti boleh mengundang kecurian selain mungkin, telefon bimbit anda akan dicuri dan kereta anda mungkin akan dirosakkan.


Image result for telefon dalam kereta


Kesemua tempat tersebut mungkin tak bagi kesan jangka masa pendek, tapi jika amal selalu mungkin akan beri jangka masa panjang kan… jadi elakkan itu yang terbaik.. sma-sama beringat…


Sumber:mariafirdz.com


Norlida Ishak Shop