Expired : 18.06.18

Anak Dapat Keputusan 5A dalam Peperiksaan UPSR Dan Aidid Marcello Ke Tanah Suci Tunai Umrah

Anak Dapat Keputusan 5A dalam Peperiksaan UPSR, Aidid Marcello Ke Tanah Suci Tunai Umrah


Selebriti tampan, Aidid Marcello berkongsi khabar gembira mengenai kejayaan anaknya, Nailina Marcello yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan semalam.


Aidid juga dalam masa sama berangkat ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah umrah bersama isterinya, Norzie Pak Wan Chek dan anaknya itu.


“Tiada apa yang lebih berharga bila rezeki dipanggil untuk ke Tanah Suci kali ini dapat bersama isteri dan anak dara saya.


“Alhamdulillah @nailinamarcello 5A1B UPSR, bolehlah minta doa seterusnya di depan Kaabah insya-Allah.


“Bestnya rasa macam impian jadi kenyataan sebab dah lama dah doa utk kesana bersama isteri…


“Insya-Allah saya akan kongsikan info dan tips apa sahaja yang saya ada ketika di sana nanti,” tulisnya menerusi entri di Instagram.



Tiada apa yg lebih berharga bila rezeki dipanggil utk ke tanah suci kali ini dpt bersama isteri dan anak dara saya. Alhamdulillah @nailinamarcello 5A1B UPSR, bolehlah minta doa seterusnya di depan Kaabah insyaAllah. Bestnya rasa macam impian jadi kenyataan sebab dah lama dah doa utk kesana bersama isteri… #aididitagain #aididmarcellofamily #aididmarcellostyle #umrah #arrayyantravel @arrayyantravel
InsyaAllah saya akan kongsikan info dan tips apa sahaja yg saya ada ketika disana nanti.


Kejayaan Nailina itu membuka peluang untuk gadis itu melanjutkan pengajian di salah sebuah sekolah berasrama penuh popular di Malaysia.


Malah, sekolah itu juga menjadi alma mater ibunya ketika di bersekolah menengah dahulu.


Tahniah kami ucapkan kepada Nailina dan selamat mengerjakan ibadah umrah. Jangan lupa komen yang baik baik sahaja dan sila like share page Ariana Rose.


Sumber : gempak


Kredit : Ariana Rose


Norlida Ishak Shop