Expired : 18.06.18

Anak gajah ditemui mati di Jalan Kota Tinggi-Mersing mungkin dilanggar

Anggota Perhilitan Johor memeriksa bangkai anak gajah betina berusia enam tahun yang ditemui mati di Batu 13, Jalan Kota Tinggi-Mersing, 6 Oktober 2019. — Foto Bernama
Anggota Perhilitan Johor memeriksa bangkai anak gajah betina berusia enam tahun yang ditemui mati di Batu 13, Jalan Kota Tinggi-Mersing, 6 Oktober 2019. — Foto Bernama

KOTA TINGGI, 7 Okt — Seekor anak gajah betina ditemui mati di Batu 13, Jalan Kota Tinggi-Mersing, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor Salman Saaban berkata anak gajah dianggar berumur enam tahun itu ditemui kira-kira 12 tengah hari tadi oleh pegawai Jabatan Perhilitan Johor selepas menerima maklumat orang awam.


“Siasatan pihak kami mengesyaki kematian anak gajah itu akibat kecederaan selepas dilanggar sebuah kereta, antara 8 dan 9 malam, dua hari lepas (Jumaat) berdasarkan maklumat yang diterima oleh pihak jabatan,” katanya menerusi kenyataan semalam.


Salman berkata andaian tersebut berdasarkan kepada jarak bangkai haiwan itu ditemui iaitu kira-kira 50 meter dari tempat ia dipercayai dilanggar.


Katanya anak gajah itu adalah dari kumpulan Gajah Panti yang dianggarkan sebanyak 30 hingga 40 ekor dan sering bergerak melintasi Jalan Kota Tinggi-Mersing terutamanya pada sebelah malam.


“Mengikut rekod Jabatan Perhilitan Johor, sebanyak lima kes kemalangan melibatkan gajah dengan satu kematian telah berlaku pada tahun lalu di sepanjang jalan sama,” katanya.


Menurut Salman, Jabatan Perhilitan Johor sudah memasang 10 papan tanda di tempat yang sering digunakan oleh kumpulan gajah berkenaan untuk melintas.


Sehubungan kejadian itu, Jabatan Perhilitan Johor menasihati orang ramai supaya sentiasa peka dan berhati-hati terutamanya di sebelah malam bagi mengelak kejadian melanggar gajah atau hidupan liar lain di kawasan tersebut, katanya.  —  Bernama


Norlida Ishak Shop