Expired : 18.06.18

‘Anak hang dah selamat mandi da rah’ – Inilah jeritan akhir pemb unuh ke jam dua beradik

YAN: “Anak hang dah selamat mandi daarah.”


Itu jeritan terakhir didengar seorang ibu, Noorhasyelawati Yusoff, 37 tahun, selepas suspek memasuki rumahnya dan mengelar dua anaknya yang sedang tidur di dalam bilik di Kampung Tengah Jalan Kuala Sungai Yan, Kedah, lewat malam tadi.


Dalam kejadian 11.45 malam itu mangsa, Nurul Hanim Idris, 5 tahun, dan adiknya Mohammad Hafiz, setahun, sedang tidur di dalam bilik.


Menceritakan detik ketika kejadian, Noorhasyelawati bersama dua anaknya sedang tidur, tiba-tiba mendengar jeritan seorang lelaki memanggil nama suaminya, Idris Saad.


Nurul Hanim dan Mohammad Hafiz dibunuh dengan kejam oleh suspek ketika sedang nyenyak tidur di rumah mereka di Yan, Kedah.

Tidak lama kemudian abang iparnya, Sobri saad, 52 tahun, turun dari tingkat atas rumah lalu membuka pintu.


Sebaik pintu dibuka, suspek bertindak melibas parang mengenai pipi kiri Sobri.


Sobri kemudian lari menyelamatkan diri dan pada masa yang sama suspek masuk ke dalam rumah dan cuba menikam Noorhasyelawati, bagaimanapun tersasar.


”Dia menghampiri saya dan terus menikam ke arah perut tetapi nasib baik terkena tirai.


”Kemudian suspek terus masuk ke bilik, menuju ke katil tempat anak tidur,” katanya yang tidak dapat menahan sebak mengenangkan apa yang berlaku.


Menurutnya, tidak lama selepas itu, dia terdengar suspek menjerit mengatakan anaknya sudah bermandi daarah.


”Saya terus lari pergi rumah kakak untuk minta tolong… tengok apa dia (suspek) buat dekat semua anak saya,” tambanya.


Noorhasyelawati hanya tergamam sebaik kembali ke rumah dan melihat kedua-dua anaknya terbujur kaku berlumuran daarah.


Sementara itu, menurut Ketua Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mior Faridalathrash Wahid, suspek berjaya ditangkap orang kampung sebelum diserahkan kepada polis.


Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan motif kejadian masih dalam siasatan.


[UPDATE] Kelu lihat 2 anak ‘bermandi daarah’



“SEBAIK lelaki itu beredar saya masuk semula ke dalam bilik tidur, dan terkejut melihat keadaan mereka berlumuran daarah di kepala dengan kesan kelar dan tetak di atas katil sudah tidak bernyawa,”


Begitu kata Noorhasyelawati Yusoff, 37, ibu kepada Nurul Hanim Idris, 5, dan Mohammad Hafiz Idris, 1, yang mati dibuunuh seorang lelaki dalam kejadian amuk di Kampung Tengah, Jalan Kuala Sungai, Yan, semalam.


Dalam kejadian jam 11.45 malam itu, suspek yang juga penganggur turut menjerit ke arah Noorhasyelawati ketika dia pergi ke rumah ibu saudaranya.


Lelaki itu kemudian memberitahu wanita terbabit bahawa anaknya sudah ‘bermandi daarah’ apabila Noorhasyelawati berpatah-balik, sebelum dia meninggalkan rumah berkenaan.


Difahamkan, Nurul Hanim ditemui dengan kesan tetak pada belakang badan manakala adiknya dikelar pada leher.


Sementara, anak sulungnya Mohammad Hakim, 7, yang tidur di bilik bersebelahan bersama neneknya, Jamilah Ismail, 60, terselamat.


Noorhasyelawati berkata, ketika kejadian, dia dan dua anaknya itu sedang tidur dalam bilik di tingkat bawah rumah, manakala anak sulungnya tidur dengan neneknya di bilik bersebelahan.


Menurutnya, dia terjaga apabila terdengar suara orang memangil nama suaminya Idris Saad, 47, sebelum terkejut mendengar bunyi bising di ruang tamu.


“Saya terus keluar dan ternampak suspek melibas abang ipar, Soberi Saad, 52, di sebelah kiri muka sebelum dia meluru pula ke arah saya dan cuba menikam perut, namun gagal apabila terlindung dengan langsir.


“Saya kemudian terus berlari keluar rumah meminta bantuan ibu saudara di sebelah rumah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian hari ini.




SOBERI menunjukkan kecederaan pada pipinya. Foto SHARUL HAFIZ ZAM
Sementara itu, Soberi berkata, dia yang sedang tidur di tingkat atas terjaga apabila mendengar bunyi ‘kecoh’ lalu turun dan terlihat kelibat lelaki berparang di dalam rumah.


“Ketika itu keadaan gelap dan samar-samar sebelum dia terus menyerang saya menyebabkan cedera di pipi kiri sehingga menerima 10 jahitan.


“Saya yang bimbang terus berlari keluar dan tidak sangka dia sanggup membuat anak saudara saya seperti itu,” katanya.


sumber: astroawani, hmetro


Norlida Ishak Shop