Expired : 18.06.18

Anak Ibu! 15 Selebriti Wanita Dengan Anak Mereka Yang Terlajak Comel. No. 13 Jarang Sekali Dipertontonkan Kepada Umum

Anak Ibu! 15 Selebriti Wanita Dengan Anak Mereka Yang Terlajak Comel. No. 13 Jarang Sekali Dipertontonkan Kepada Umum


Semenjak dua menjak ni, makin ramai artis berkahwin dan mempunyai anak yang comel-comel belaka. Dah kalau namanya mak dorang artis, mestilah aura popular tu pun melekat pada anak kan? Bila dah popular ibu bapa pun turut buat akaun Instagram dan berduyun-duyun peminat yang follow kerana nak tengok gelagat cute anak-anak mereka ni.


Jom kita lihat 15 gelagat anak selebriti wanita yang comel dengan ibu mereka.


1. Dato’ Seri Siti Nurhaliza & Siti Aafiyah




Siti Aafiyah selamat dilahirkan tepat jam 8.17 pagi, tanggal 19 Mac 2018 dengan berat 3.55kg. Sebelum nama rasmi ini diumumkan, puteri sulung yang kena dengan jolokan “Comel Pipi Merah” ini digelar ‘Fatimah Az-Zahra’, sempena nama anakanda Nabi Muhammad.


Selebriti nombor satu negara ini sudahpun mendirikan rumah tangga sejak Ogos 2006 bersama Datuk Khalid Muhammad Jiwa.


2. Aamyra Rosli & Aqeef Anaqi




Aqeef Anaqi adalah anak kepada Amar Bahrin dan Amyra Rosli. Wow boleh tahan! Masa di awal kelahirannya, netizen bengang jugak sebab Amyra dan Amar sering menutup wajahnya Aqeef dan tidak mahu menayangkan kepada umum kerana masih belum bersedia. Tapi semenjak gambar si kecil ni dimuat naik di Instagram, ramai yang teruja dan tak sabar untuk melihatnya.


3. Hanis Zalikha & Yusuf Iskandar




Anak kepada pelakon Hairul Azreen dan Hanis Zalikha ini telah menjadi tumpuan netizen oleh kerana gelagatnya yang comel dan bijak berinteraksi dengan sesiapa yang dekat dengannya. Memiliki 2.2 juta followers, Hanis suka berkongsi tips tentang penjagaan Yusuf kepada peminat dan ibu muda yang baru mempunyai anak. Sama seperti Lara, Yusuf juga ada rancangannya sendiri bertajuk Hairul & Hanis Junior.


4. Syatilla Melvin & Syeriv Samheizy




Sekacak bapanya, begitulah juga kacaknya Syeriv anak kepada Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin ni. Mempunyai 615,000 followers, senyuman si comel ni boleh buat hati para wanita cair tau. Itu belum tengok lagi gaya rambutnya yang dah macam romeo Malaysia tu, patutlah ramai yang suka follow Syeriv. Paling best bila gelagat bersahaja Syeriv dan ibu bapanya dimuat naik di Instagram. Budak kecil ni layan je perangai gila-gila Sam dan Syatilla!


5. Scha Alyahya & Lara Alana




Scha Alyahya telah berkahwin dengan Awal Ashaari dan memiliki seorang anak iaitu Lara Alana. Lara ni sejak dari kecil lagi dah mendapat perhatian netizen dan dulu memang pernah ada rancangan televisyen khas tentang Lara je. Dek kerana disukai ramai, Lara telah dilantik menjadi duta pelbagai produk sehingga pendapatannya mencecah ribuan ringgit! Dengar cerita baru-baru ni, Lara pun dah dapat surat daripada LHDN tau. Haa acaner tu? Hebat betul kecil-kecil dah kaya raya.


6. Rozita Che Wan & Aaisyah Dhia Rana




Kalau tengok anak comel Che Ta ni, rasa macam nak gigit-gigit je pipi tembamnya tu sebab comel sangat! Sudahlah comel, bijak pulak Aaisyah ni berkata-kata. Nak pakai make up lah, nak makan ayam gorenglah.


Dengan mempunyai 1.1 juta followers, Instagram puteri kepada Zain Saidin ni memaparkan semua gambar-gambar on point dan cantik belaka. Almaklumlah Che Ta kan ada jurugambar peribadi…


7. Erra Fazira & Engku Aleesya




Engku Aleesya binti Engku Emran adalah anak kepada “Primadona Filem Melayu Alaf Baru” Erra Fazira. Aleesya dilahirkan seberat 4.04 kilogram merupakan anak sulung Erra hasil perkahwinannya dengan Ketua Pegawai Operasi Suria FM, Engku Emran Engku Zainal Abidin.


8. Eina Azman, Arianna Aubrey & Karl Kareef




Datin Eina Azman telah berkahwin dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada tahun 2014. Pasangan ini memiliki anak kembar iaitu Arianna Aubrey dan Karl Kareef.


9. Yana Samsudin & Aisy Matin




Pelakon Yana Samsudin telah dikurniakan seorang anak lelaki yang sangat comel diberi nama Aisy Mateen hasil perkahwinannya dengan adik Farid Kamil, Fadzil Zahari.


10. Diana Danielle, Muhammad & Aurora




diana Daniella telah berkahwin dengan pelakon Farid Kamil pada tahun 2012. Mereka telah dikurniakan dua anak iaitu Muhammad dan Aurora.


11. Sariyanti & Dariya Inara




Jep dan Sari Yanti telah berkahwin pada 25 Februari tahun lalu. Pasangan selebriti itu mengumumkan nama anak sulung mereka iaitu Dariya Inara.


Sebelum berkahwin dengan Jep, Sariyanti mempunyai dua anak hasil perkahwinan terdahulu iaitu Barr Al Aliy dan Basit Al Haq.


12. Ning Baizura & Ryan Sky Dalton




Ning Baizura telah berkahwin dengan jejaka berbangsa Inggeris iaitu Omar Shariff pada 31 Januari 2008 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata bernama Ryan Sky Dalton.


13. Sazzy Falak, Iman Lilly & Tiara Rose




Sazzy Falak telah berkahwin dengan personaliti Nazril Idrus. Mereka dikurniakan dua orang puteri kembar iaitu Iman Lilly dan Tiara Rose. Anak-anak Sazzy Falak jarang sekali keluar di televisyen.


14. Nora Danish, Putera Rayqal & Mohamed Neyqal




Nora Danish pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli namun jodoh mereka tidak panjang. Dia mempunyai seorang anak hasil perkahwinan mereka iaitu Putera Rayqal.


Nora Danish kini bahagia di samping suami terkini iaitu Nedim Nazri. Mereka mempunyai seorang anak iaitu Neyqal yang baru berusia setahun.


15. Fasha Sandha, Putera Rayfal & Putri Raysha Jemaima




Fasha mempunyai dua anak iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya iaitu Rizal Ashram Ramli.


Sumber Media Ohsem


Norlida Ishak Shop