Expired : 18.06.18

Anak Lahir Secara Pembedahan, Nourul Depp Terpaksa Buang ‘Abnormal Cell’

Penyanyi Nourul Depp memaklumkan bahawa akan menjalani pembedahan bagi membuang ‘abnormal cell’ di bahagian serviks.


Pembedahan itu dilakukan pada 14 Ogos depan.


Kongsi Nourul, pembedahan tersebut terpaksa dilakukan kerana anak bongsunya, Isabella Depp dilahirkan secara pembedahan.


“Saya baru balik dari hospital. Minggu depan saya perlu menjalani ‘minor operation’.


“Hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. ‘Abnormal cell’ dekat serviks kena dibuang.


“Puncanya Isabella lahir keluar kut tingkap tapi takpa benda nak jadi,” katanya ketika merakam video di Instagram TV.


Tambah penyanyi lagu Kerana Terluka itu, dia berpesan kepada kaum wanita untuk melakukan pemeriksaan ujian saringan setiap tahun.


“Itulah jadi perempuan banyak perkara yang perlu dijaga. Jangan lupa lakukan pemeriksaan ‘pap smear’ iaitu ujian saringan bagi mengesan kanser serviks.


“Saya setiap tahun melakukan pemeriksaan, nasib baik boleh kesan awal. Kalau lama boleh menyebabkan kanser,” katanya lagi.


Untuk rekod, Nourul mendirikan rumah tangga bersama Eric Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Zachary Depp, Raphael Depp dan Isabella Depp.


Terdahulu, menerusi perkahwinan bersama bekas suami, Ajai, mereka memiliki seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.  


Foto: Instagram Nourul Depp


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop