Expired : 18.06.18

Anak Mat Sabu Positif Ganja Ditahan Polis

Anak Mat Sabu Positif Ganja Ditahan Polis. Anak lelaki Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu ditahan polis selepas didapati positif dadah di sebuah pusat hiburan pada Jumaat malam.


Anak Mat Sabu Positif Ganja
Anak Mat Sabu Positif Ganja

Ahmad Saiful Islam Mohamad, 31 tahun, ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu.Setiausaha Politik Menteri Pertahanan, Azhar Md Dali mengesahkan perkara berkenaan kepada Astro AWANI melalui aplikasi WhatsApp.


“Aku sahkan anak Abang Mat kena tahan,” katanya ringkas. Operasi tersebut dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pemantuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.


Menurut laporan Sinar Harian, ketika operasi itu dijalankan, seramai 101 individu diperiksa membabitkan 46 lelaki dan 55 wanita.Dalam serbuan itu, dua lelaki termasuk anak menteri tersebut ditahan selepas didapati positif dadah jenis ganja.


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob mengesahkan perkara tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


DIBEBASKAN DENGAN JAMINAN POLIS. Anak Mat Sabu Positif Ganja Ditahan Polis


Ahmad Saiful Islam Mohamad yang ditahan dalam Ops Hiburan Bersepadu pada Jumaat malam, dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6 petang Sabtu.


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob memberitahu, selain anak kepada Menteri Pertahanan Mohamad Sabu itu, turut dibebaskan dengan jaminan polis ialah rakan suspek yang berusia 33 tahun.


Mereka ditahan polis selepas didapati positif ganja di sebuah pusat hiburan.


“Kedua-dua mereka dibebaskan lewat petang tadi dengan jaminan polis,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.


Terdahulu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.


Menurut laporan Sinar Harian, ketika operasi itu dijalankan, seramai 101 individu diperiksa membabitkan 46 lelaki dan 55 wanita. Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.


ANAK SAYA SAMA SEPERTI ORANG LAIN. Anak Mat Sabu Positif Ganja Ditahan Polis


Serah sepenuhnya kepada pihak berkuasa. Itu kenyataan daripada Ahli Parlimen Kota Raja, Mohamad Sabu, berkaitan penahanan anaknya oleh polis akibat positif ganja.


“Saya telah dimaklumkan tentang penahanan anak saya, Ahmad Saiful Islam Mohamad, oleh pihak polis hari ini.


“Susulan penahanan ini, saya dan keluarga menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk bertindak berdasarkan proses undang-undang sedia ada.


“Anak saya sama seperti anak orang lain, juga tertakluk kepada proses undang-undang negara,” ujar beliau yang juga Menteri Pertahanan.


Terdahulu, suspek yang berusia 31 tahun ditahan dalam Op Pusat Hiburan yang dijalankan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS) Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di premis yang terletak di Jalan Ampang.


Ahmad Saiful Islam dibebaskan dengan jaminan polis pada jam 6 petang Sabtu.


Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob memberitahu, selain Ahmad Saiful Islam, turut dibebaskan dengan jaminan polis ialah rakan suspek yang berusia 33 tahun.


SUMBER : ASTRO AWANI


The post Anak Mat Sabu Positif Ganja Ditahan Polis appeared first on Berita Viral Terkini.


Norlida Ishak Shop