Expired : 18.06.18

“Anak Perempuanku Yang Kedua,” – Elyana Ambil Anak Angkat Lagi?

Awal malam tadi, satu perkongsian foto dari penyanyi Elyana menerusi Instagram mencuri perhatian peminat.


Apa tidaknya, penyanyi lagu Ironi itu ada berkongsi foto bersama seorang bayi perempuan dengan kapsyen;


“Anak perempuanku yang kedua.”




Elyana turut berkongsi beberapa video yang merakamkan gelagat ‘cahaya mata barunya’ itu di Insta Stories.


 


Lalu menerusi ruangan komen, ada yang bertanya mengenai seorang lagi anak angkatnya, iaitu seorang kanak-kanak lelaki yang diberi nama Tulus selain memuji kecomelan bayi perempuan yang dipangkunya itu.


Bagaimanapun, Elyana tidak memberikan sebarang respon terhadap komen yang ditinggalkan peminat.




Pada masa sama, Elyana juga pernah berkongsi foto bayi lelaki itu menerusi Insta Stories akhir tahun lalu.


Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila memaklumkan dirinya menghidap barah limfoma tahap empat.


Bintang itu mendirikan rumah tangga bersama Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayah, 8 tahun.


Sementara itu, Elyana sebelum ini difahamkan terpaksa menggugurkan kandungan keduanya akibat bimbang komplikasi kanser yang dihadapi.


Sebelum ini, Elyana juga pernah keguguran pada tahun 2016  mengandung luar rahim.


Foto: Instagram Elyana


Apa Kata Anda


Norlida Ishak Shop