Expired : 18.06.18

"Anak Saya, Cuma Saya Tak Melahirkannya" - Elyana Ambil Anak Angkat




Amri Hassan



Hiburan



Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Elyana mendedahkan dia kini mengambil seorang anak angkat lelaki.

Difahamkan bayi berusia sebulan 24 hari itu dilahirkan istimewa menghidap sindrom down.

"Ya betul. Anak saya, cuma saya tidak melahirkannya," tulisnya menjawab pertanyaan di Instastories semalam.

Malah, Elyana teruja menyambut kedatangan anak istimewanya itu yang diberi nama Tulus.

Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal sebelum ini pernah mengejutkan ramai apabila memaklumkan dirinya menghidap barah limfoma tahap empat.

Penyanyi yang popular dengan lagu Tak Tercapai Akalmu itu mendirikan rumah tangga dengan Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Cinta Sumayah, 7 tahun.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Elyana dilaporkan terpaksa menggugurkan kandungan keduanya akibat bimbang komplikasi kanser yang dihidapinya.

Elyana sebelum itu pernah keguguran pada tahun 2016 kerana mengandung luar rahim.


Norlida Ishak Shop