Expired : 18.06.18

Anak Sheikh Salman Al-Ouda lancar petisyen bebaskan bapa

ulama arab saudi Salman Al-Ouda

BANGI, 22 Syawal 1440H, Rabu – Anak lelaki ulama terkenal Arab Saudi, Salman Al-Ouda melancarkan petisyen, dua hari lalu, menuntut bapanya yang kini ditahan di penjara negara itu, supaya dibebaskan segera.


Abdullah Alodah, yang tinggal di Amerika Syarikat (AS) melancarkan petisyen di dalam platform change.org turut menggesa beberapa ulama lain, yang dilaporkan berdepan hukuman mati kerana memberi pendapat bertentangan dengan kerajaan berhubung politik dan agama, dibebaskan.


Di dalam petisyen, yang ditujukan kepada Jabatan Negara AS dan Kongres AS, beliau menulis:


“Pada September 2017, bapa saya Salman Alodah, ulama moderat terkenal Arab Saudi ditangkap selepas menyiarkan dalam Twitternya yang mendoakan perdamaian antara Arab Saudi dan jirannya Qatar, tiga bulan selepas Riyadh mengenakan sekatan ke atas negara emiriah itu.


“Al-Ouda kekal dipenjarakan dalam tahanan bersendirian kerana melanggar undang-undang antarabangsa. Mengurung pesalah terlalu lama di dalam bilik tahanan bersendirian adalah pelaksanaan hukuman mati secara perlahan-lahan.”


Mengenai hukuman mati, beliau menulis:


“Peguam Negara Arab Saudi telah meminta hukuman mati dijatuhkan ke atasnya atas tuduhan palsu di dalam perbicaraan rahsia.”


Abdullah berkata, bapanya telah dibawa ke mahkamah rahsia untuk menghadapi pertuduhan.


“Ketika pendengaran kes di mahkamah, pendakwa raya dengan pantas menuduh beliau dengan 37 pertuduhan, seperti mempengaruhi pendapat awam dan tidak menumpahkan taat setia mencukupi terhadap raja,” katanya.



Beliau juga menulis mengenai penahanan bapa saudaranya.


“Bapa saudara saya Dr Khaled Al-Ouda dipenjarakan kerana menyebarkan berita mengenai penangkapan bapa saya. Dr Khaled juga mempunyai masalah jantung kerana kekurangan ubat.”


Abdullah yang juga warga AS berkata, 17 anggota keluarganya juga disekat daripada ke luar negara.


“Lebih-lebih lagi… saya tidak boleh melakukan apa-apa urusan dengan kedutaan Saudi di Washington,” katanya.


Beliau juga menyebut mengenai penangkapan dan hukuman mati terhadap Sheikh Awad al-Qarni dan Ali al-Tarifi.


Sehingga kini petisyen itu sudah ditandatangani lebih 8,000 pengguna media sosial. – Agensi


Arab Saudi rancang pancung ulama terkenal selepas puasa


The post Anak Sheikh Salman Al-Ouda lancar petisyen bebaskan bapa appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop