Expired : 18.06.18

Ancaman politik agenda bunuh kebebasan akademik

Abdul Muein Abadi












BANGI, 6 Zulkaedah 1440H, Selasa – PAS hari ini menyelar ancaman politik yang berlaku ke atas seorang pesyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Abdul Muein Abadi, sekali gus menyifatkan ia sebagai agenda membunuh kebebasan akademik serta suara bijak pandai rakyat di era kerajaan Malaysia baharu.

Semalam, Abdul Muein yang juga pensyarah Program Sains Politik UKM, mengesahkan beliau diarah supaya tidak lagi menulis mengenai sebarang isu politik yang sensitif.

Ia susulan penulisannya yang mendedahkan fakta dan data berhubung tindakan kerajaan menjual aset negara bertajuk ‘400 Hari Pakatan Jual Lebih RM20 Bilion Aset Negara’ di Facebook, minggu lalu.

Kesal dengan perkara itu, Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ir Khairil Nizam Khirudin berkata, tindakan berkenaan adalah episod malang dan hitam dalam sejarah kebebasan akademik berikutan tekanan politik yang dikenakan terhadap Abdul Muien serta kepimpinan pengurusan universiti.

“Penulisan beliau membentangkan hujahan dan data yang menyimpulkan sikap Kerajaan PH yang mengambil jalan mudah dalam mengurangkan tanggungjawab dan saiz kerajaan melalui amalan ekonomi neoliberal, serta tidak mengambil kira kepentingan strategik negara jangka panjang menyebabkan rasa tidak senang dikalangan ahli politik kerajaan sehingga tekanan diberikan kepadanya.

“Pada masa yang sama, tiada siapa dikalangan ahli politik kerajaan yang mampu menyanggah apa yang beliau utarakan. Secara tidak langsung ini membuktikan apa yang beliau utarakan adalah sesuatu yang benar,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ir Khairil berkata, perkara seperti itu tidak sepatutnya berlaku di era Malaysia baharu, apatah lagi apabila Menteri Pendidikan, Maszlee Malik memberi komitmen untuk menggubal akta baru bagi memberi kebebasan akademik dan autonomi lebih luas kepada universiti.

Justeru, Pemuda PAS mengajak semua pihak untuk menolak budaya mengugut rakyat, khususnya golongan ilmuan dan ahli akademik.

“Wacana dan perdebatan yang sihat berlandaskan fakta dan disiplin ilmu perlu dibudayakan dikalangan masyarakat agar tahap pemikiran rakyat dapat diangkat untuk menyumbang dalam pembinaan negara dan tamadun.

“Wacana sihat berlandaskan ilmu dan fakta serta dipandu prinsip yang jelas menjadi salah satu tunjang dalam Budaya Politik Matang dan Sejahtera (BPMS) yang diperkenalkan oleh PAS.

“Akhirnya buat Kerajaan PH, didiklah masyarakat untuk menganalisa fakta berlandaskan disiplin ilmu daripada mendidik masyarakat menyebar fitnah dan membina persepsi yang hanyir,” katanya.










 




 








 

 






The post Ancaman politik agenda bunuh kebebasan akademik appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop