Expired : 18.06.18

Anda Boleh Memindahkan Duit Ke Akaun Rakan-Rakan Menggunakan Nombor Telefon Bermula Esok

PayNet, salah satu agensi dibawah Bank Negara Malaysia sebelum ini telah pun mula memperkenalkan kaedah pemindahan dan perbankan baru kepada para pengguna, dinamakan DuitNow. Melaluinya, pengguna boleh membuat pemindahan dana kepada rakan-rakan atau sesiapa dengan hanya menggunakan nombor telefon atau MyKad.


Langkah ini sekaligus menggantikan keperluan menggunakan nombor akaun bank yang kadang-kala sukar untuk diingati.


Ciri baru ini akan diaktifkan secara rasminya esok, sekaligus membolehkan pengguna seluruh negara untuk menggunakan fungsi DuitNow ini.


DuitNow


Untuk peringkat permulaan ini, antara bank yang akan disokong adalah AmBank, Bank of China, Bank Islam, BNP Paribas, CIMB Bank, Citibank, Hong Leong Bank, HSBC, Maybank, OCBC Bank, Public Bank, RHB Bank, Standard Chartered, dan UOB.


Pengguna juga turut boleh menguruskan integrasi dan memautkan nombor telefon dan nombor kad pengenalan ke nombor akaun anda melalui halaman tetapan bermula 8 Disember 2018 ini.


Baca : DuitNow – Apa Anda Perlu Tahu Mengenai Perkhidmatan Perbankan Baru Ini?


Norlida Ishak Shop