Expired : 18.06.18

Anda Kini Boleh Menggunakan Dompet Digital TNG Di Tealive – Promosi Ramadhan Diumumkan

Touch ‘n Go hari ini telah mengumumkan kerjasama strategik bersama penyedia minuman Tealive. Melalui kerjasama ini, ia kini membolehkan para pengguna dompet digital TNG untuk membuat pembayaran di kedai-kedai Tealive dengan lebih mudah.


TNG Tealive


Selari dengan pengumuman ini juga, pihak TNG dan Tealive mengumumkan yang mana pengguna tempatan boleh menikmati diskaun untuk pembelian Tealive antara 5 Mei 2019 sehingga 15 Jun 2019 ini – dimana anda boleh mendapatkan beberapa minuman terpilih pada harga serendah RM2.50.


TNG Tealive


Langkah ini juga dilihat salah satu usaha pihak TNG dalam terus mempopularkan penggunaan dompet digital mereka dikalangan pengguna umum. Sebelum ini, TNG turut telah mengumumkan kerjasama dengan beberapa pihak, termasuk menawarkan kemudahan untuk pengguna tempatan membuat pembelian melalui Apple AppStore.


Norlida Ishak Shop