Expired : 18.06.18

Andoid TV Menerima Kemaskini Antaramuka Yang Sedikit Lebih Kemas

Android TV adalah sistem operasi Android untuk televisyen pintar atau kotak set. Google mula fokus dengan pembangunan Android TV ini sejak Google I/O 2018 dengan menjanjikan pelbagai perkaru baru akan diperkenalkan.



Walaupun agak perlahan jika dibandingkan dengan kemaskini sistem operasi Android biasa, Google tetap tunaikan janji mereka. Tahun lepas, Mi Box 3 dilihat sudah pun menerima kemaksini Android TV Oreo. Hari ini, Android TV dilihat menerima kemaskini antaramuka. Kemaskini ini mengubah rekaan ikon yang kini memounyai bucu yang bulat. Kemudian, font tuisan juga turut diubah. Backdrop Daydream (Android TV) dan Chromecast Built-in (Android TV) turut dilihat menerima kemaskini, tetapi tiada changelog yang jelas.


Jika anda ingin mengemaskini antaramuka Android TV anda, semak Google Play Store di peranti Android TV anda dan kemaskini aplikasi Android TV Core Service.


Norlida Ishak Shop