Expired : 18.06.18

Android Q Menyertakan 230 Emoji Baru – Termasuk 53 Emoji Manusia Yang Tidak Memihak Kepada Mana-Mana Jantina

Google telah menyertakan sejumlah emoji baru melalui perkenalan Android Q Beta 3 pada tempoh hari. Ia membawakan sebanyak 230 emoji baru yang mana ia dibina berasaskan Emoji 12.0.


Android Q telah menyertakan sejumlah emoji seperti ‘smiley‘ yang sedang menguap, titisan darah, dan pakaian berupa Saree. Ia juga menyertakan emoji flamingo, titisan darah, bentuk hati dalam warna putih, dan pelbagai emoji yang menarik lagi.



Emoji 12.0 juga meraikan perbezaan jenis manusia dengan lebih efektif, selain memperkasakan golongan kelainan upaya. Ia menawarkan sebanyak 53 emoji manusia yang tidak memihak kepada jantina lelaki dan perempuan. Sejumlah emoji kelainan upaya turut hadir seperti emoji orang berkerusi roda, emoji bahasa isyarat, dan emoji alat pendengaran.



Kesemua emoji yang ditawarkan ini telah sedia didapati pada Android Q menerusi beta 3. Ia dijangka akan turut disertakan pada versi akhir Android Q yang bakal diperkenalkan pada Ogos tahun ini.


Norlida Ishak Shop