Expired : 18.06.18

Android Q Pada Google Pixel Boleh Mengenal Pasti Kereta Pengguna Yang Terlibat Dengan Kemalangan

Android asli daripada Google adalah sistem operasi yang paling banyak mempunyai ciri/fungsi eksklusif hanya untuk peranti Google Pixel. Contohnya Google Assistant yang lebih banyak ciri, Google Camera, kemaskini pantas, aplikasi-aplikasi Google dengan mod-mod khas yang hanya boleh digunakan pada Pixel dan banyak lagi.


Terkini, satu fungsi baru telah ditemui oleh pihak XDA. Fungsi ini turut mendatangkan persoalan kerana ia kelihatan seakan mustahil untuk berfungsi. Fungsi ini adalah ‘Safety Hub‘, yang mana memberi petanda ia boleh mengenalpasti jika kereta yang dipandu pengguna terlibat dengan kemalangan ataupun tidak. ‘Safety Hub’ ini adalah satu fungsi eksklusif untuk peranti Pixel sahaja, namun cara menggunakannya dan bagaimana ia berfungsi masih menjadi persoalan. Pihak XDA mengatakan fungsi ini mungkin akan menggunakan data-data pecutan dan mikrofon.


Pada pendapat saya, fungsi ini berkemungkinan besar berkait rapat dengan mod memandu pada Google Assistant, Android Auto serba baharu atau juga khusus untuk pembangun untuk mengimplementasikan pada platform Android Automotive. Jika kebanyakan dashcam sudah pun mempunyai fungsi mengenalpasti kereta yang bergerak dalam keadaan terhuyung-hayang dan pemandu yang mengantuk, ‘Safety Hub’ ini saya pasti akan diselarikan dengan inforia kereta yang mempunyai sensor seakan dashcam.


Norlida Ishak Shop