Expired : 18.06.18

Anggota bomba parah diserang perusuh di kuil Subang Jaya

KUALA LUMPUR, 19 Rabiulawal 1440H, Selasa – Seorang Anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cedera parah selepas diserang kumpulan perusuh yang berhimpun di sekitar Kuil Maha Mariamman, USJ 25 awal pagi semalam.


Pegawai Penerangan JBPM, Dzulhaimy Dahari dalam satu kenyataan berkata, anggota terbabit, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24 tahun, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), selepas cedera parah.


Media melaporkan, mangsa patah tulang rusuk serta beberapa kecederaan dalaman.


Muhammad Adib ialah anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) yang ditempatkan di balai Subang Jaya.



Ketika kejadian, dia dikatakan duduk di bahagian penumpang depan kenderaan EMRS dan ditarik keluar oleh kumpulan perusuh sebelum dipukul.


Serangan itu juga turut menyebabkan pintu belakang tercabut, keempat-empat tayar jentera pecah selain kerosakan lain pada bahagian badan jentera dipercayai dipukul objek keras.




Norlida Ishak Shop