Expired : 18.06.18

Angka korban Taufan Lekima meningkat 32 orang


BEIJING, 11 Zulhijjah 1440H, Isnin – Angka kematian Taufan Lekima meningkat kepada 32 orang semalam, dengan 16 yang lain dilaporkan masih hilang, menurut stesen televisyen, CCTV.


CCTV melaporkan, lima juta penduduk terjejas dan lebih daripada AS$2.2 bilion kerugian dicatatkan di China.


Kebanyakan kematian berlaku di Yongjia County, di wilayah timur Zhejiang, di mana ribut yang paling kuat melanda negara itu sejak 2014.


Dalam pada itu, lebih 3,200 penerbangan telah dibatalkan ekoran taufan itu di Shanghai, Beijing dan beberapa bandar lain.


Lekima adalah taufan kesembilan yang melanda China setakat tahun ini.


Pakar cuaca yang dipetik oleh agensi berita Xinhua berkata, ia adalah antara tiga taufan terkuat yang pernah melanda Zhejiang.


Ia pada mulanya diberi tahap amaran cuaca tertinggi di China tetapi kemudian diturunkan ke peringkat ‘jingga’.


Ribut dahsyat dengan kekuatan angin yang 187km/j ketika ia pertama kali membadai daratan Sabtu lalu, kini dilaporkan bergerak ke arah utara pada kelajuan 15km/j. – Agensi


The post Angka korban Taufan Lekima meningkat 32 orang appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop