Expired : 18.06.18

Anjing sesat dalam LRT, cara RapidKL selesai masalah dipuji

Anjing liar yang tersesat masuk dalam LRT di stesen Miharja sebelum dikeluarkan RapidKL dan polis bantuan. — Paparan video Facebook/Elyana Nadia
Anjing liar yang tersesat masuk dalam LRT di stesen Miharja sebelum dikeluarkan RapidKL dan polis bantuan. — Paparan video Facebook/Elyana Nadia

PETALING JAYA, 14 Ogos — Pengguna media sosial memuji tindakan bijak Rapid KL dan polis bantuan (AP) menangani seekor anjing liar yang tersesat masuk dalam LRT dari stesen Miharja semalam.

Bertindak pantas menyelesaikan masalah itu, RapidKL dalam kenyataannya menyatakan anjing itu sudah ditangkap secara “manusiawi”, sebelum dilepaskan di lokasi selamat.


“Tahniah AP dan semua kakitangan atau penumpang yang terlibat. Dari apa yang saya baca, ia dilakukan dengan baik,” tulis pengguna Facebook Ng Chan Chong.


“Terima kasih kerana bersikap ramah terhadap anjing liar,” tambah pemilik akaun Siu Yan Yap.


Sementara seorang lagi pengguna Facebook Muhammaad Hasbullah pula mengucapkan terima kasih ekoran pihak bertanggungjawab tidak “membunuh anjing itu”.


Kehadiran penumpang tidak diundang itu berjaya dirakam pengguna LRT di tempat kejadian semalam sebelum tular di media sosial.


Baca seterusnya di Malay Mail


Norlida Ishak Shop