Expired : 18.06.18

Antara tanda kiamat, bumi Arafah kembali menghijau

Ramai yang menyebarkan di alam maya bahawa tanda-tanda kiamat telah dekat apabila bumi Arab Saudi dilitupi salji. Ini sesuai dengan satu hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi ” “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.


ABG MIN tertarik untuk mengkaji dan mengolah situasi yang berlaku di Mesir sekarang ini.


Perkampungan Bani Malik yang menghijau selepas hujan tanpa henti selama beberapa hari

Diberitakan bahawa, pada 112 tahun yang lepas iaitu kira-kira seabad yang lalu daerah Tabuk pernah di landa salji kira-kira 20cm tebalnya. Mengapa hal ini tidak mencetuskan panic malahan huru-hara ketika itu memandangkan semua umat manusia telah tahu bahawa dunia akan kiamat. Setelah masa berlalu selama 112 tahun, sekali lagi Arab Saudi di landa salji. Apakah akan tiba lagi 112 tahun akan datang dan masa itu manusia sekali lagi sibuk memperkatakan mengenai hal kiamat?


Pada tahun lepas, dunia telah disogokkan dengan filem dari Barat mengenai hari kiamat yang akan berlaku. Kata mereka yang bijak pandai dan mengaku lebih maju daripada Umat Islam (gelarkan umat Islam sebagai pengganas), mereka telah meramalkan bahawa dunia akan kiamat pada hari Jumaat 21/12/2012 atau 12/12/12. Dari mana mereka mendapat semua sumber ni? Dari calendar Kaum Maya…Jom pakat-pakat gelak diorang..kahkahkahkah… Apakah mereka tidak tahu, tiada siapa pun di muka Bumi ini diberikan kelebihan untuk meramalkan bilakah hari kiamat akan berlaku. Baru-baru ini, diberitakan pula bahawa satu penemuan terbaru mereka megenai lakaran di dinding mengenai pengiraan putaran masa oleh kaum tersebut. Pemeriksaan baris menunjukkan mereka adalah tiang-tiang nombor dan simbol, sama dengan pengiraan gerhana bulan ditemui pada awal abad ke-16, tulisan Maya yang dikaitkan dengan peristiwa astronomi untuk ritual. Sesetengah daripada mereka termasuk tarikh yang bersamaan dengan masa yang selepas tahun 3500. Hmmm..tahun 3500 pulak dah?


Padang pasir Arab dipenuhi ais dan salji

Rujukan terbaik kita sebagai umat Islam adalah pada kitab Agung Al-Quran dan hadis-hadis soheh Rasulullah SAW. Rasulullah SAW sendiri pernah ditanya oleh salah seorag sahabat baginda mengenai bilakah datangnya hari kiamat, Rasulullah SAW menjawab, “bahawa pengetahuan mengenai datangnya hari kiamat hanya ada pada sisi Allah SWT”


Namun begitu, bukanlah bermakna kita tidak perlu ambil tahu akan tanda-tanda bilanya datang hari kiamat. Mengikut baginda Rasulullah SAW, tanda-tanda besar kiamat adalah:


1. Hijaunya bumi Arafah.


2. Lahirnya ramai anak-anak hasil perbuatan zina yakni dari perkahwinan tidak sah atau


perceraian yang tidak diluluskan oleh mahkamah.


3. Keluar sejenis binatang dari perut bumi yang digelar Dabbatul Ardhi.


4. Keluar asap tebal dibumi Hijaz.


5. Munculnya nabi-nabi palsu, semuanya berjumlah 30 orang.


6. Berlaku perang besar di kawasan Kaukasus.


7. Runtuhnya Kaabah akibat diserang oleh orang Habsyah.


8. 3 kali gempa bumi.


9. Bermulalah kekuasaan Dajjal.


10. Munculnya Imam Mahdi.


11. Turunnya Nabi Isa a.s.dan membunuh Dajjal.


12. Keluarnya suku Yakjuj dan Makjuj.


13. Diangkat Al-Quran dan ilmu-ilmu agama (Addin) dari manusia.


14. Matahari terbit dari ufuk barat.


15. Terdengar tiupan sangkakala pertama, kedua


Mengikut Imam Masjidil Haram, Syeikh Su’ud Syuraim, menyatakan bahawa hal tersebut telah membuktikan bahawa Rasullullah SAW benar-benar seorang nabi dan rasul yang menerima wahyu dari Allah SWT.


Beliau mengatakan bahwa salji adalah komponen utama dalam pembentukan sungai dan tumbuhan. Turunnya salji di Jazirah Arab membuktikan kebenaran Rasulullah SAW. Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW. bersabda, “Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput dan sungai-sungai” – Sahih Muslim.


Syeikh Syuraim juga menyebutkan bahawa Nabi pernah berkata kepada Muadz bin Jabal pada perang Tabuk, “Wahai Muadz, hampir saja, jika hidupmu masih lama, engkau akan melihat di sini penuh dengan taman-taman.” (HR. Muslim)


Walaubagaimana pun, bekas Mufti Perlis, Profesor Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan kejadian turun salji di Mesir bukanlah satu petanda kiamat.


Menurutnya, ada pihak mendakwa bahawa turunnya salji di Mesir sebagai satu tanda Kiamat berdasarkan hadis riwayat Muslim, Ibn Hibban dan lain-lain bahawa Nabi SAW bersabda: “Tidak berlaku kiamat sehingga Tanah Arab kembali menjadi bumi yang menghijau dan sungai-sungai”.


“…sebenarnya perkataan ‘Tanah Arab’ itu lebih merujuk kepada Jazirah Arab (Hijaz) dan boleh merangkumi Iraq, Yaman, Sham (Jordan Palestin dan Syria). Adapun Mesir ia bumi Afrika.


“Kemudian salji memang saban tahun turun di Jordan, Palestin dan Syria sejak sekian lama, maka itu bukan tanda kiamat.


“Hadis itu sebut Tanah Arab kembali menjadi hijau dan sungai bererti dahulu telah pun demikian keadaannya. Apabila Jazirah Arab (Saudi), Iraq, Yemen, Syria, Jordan, Palestin dan sekitar menghijau dan banyak sungai maka itu itu tanda kiamat.. oleh itu hati-hati dalam memberi maksud hadis,” katanya yang dipetik menerusi laman Facebooknya.


Baiklah, ape kate big boh kite pulak:


Soalan:


Ramai yang bertanya adakah petanda kiamat,Mesir dilanda salji?


Ustaz Azhar Idrus:


Tidak, Rasulullah tidak pernah berkata sebaliknya ia adalah satu rahmat Allah. Subhanallah


Walau apa pun jawapan alim ulamak kita, seharusnya perkara ini bukanlah perkara yang sepatutnya kita bahaskan bilakah tarikhnya berlaku kiamat. Apa yang terbaik dan seharusnya yang kita lakukan adalah bersedia untuk menghadapi hari tersebut. Hari Kiamat itu pasti, Padang Masyar itu benar, dan yang pasti, adalah MATI.


Semoga mendapaat manfaat daripada penulisan ABG MIN yang tak seberapa ini, sekadar memberi pendapat untuk para sahabat-sahabat sekalian. Bagaimanakah pengakhiran kita kelak? Wallahu a’lam…


kredit: peminat UIA


Norlida Ishak Shop