Expired : 18.06.18

Anwar: Berikan Tun M masa ketuai kerajaan

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad perlu diberikan masa secukupnya untuk memimpin negara.


Menurutnya, tempoh itu adalah seperti yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum ini.


“Berjumpa dengan Perdana Menteri selama sejam. Dr. Mahathir perlu diberikan ruang untuk mengetuai kerajaan dalam tempoh yang kita telah persetujui. Beliau mendapat sokongan penuh PH,” katanya menerusi laman Twitter beliau selepas bertemu Dr Mahathir semalam.


Dr. Mahathir sebelum ini dijangka menyerahkan jawatan perdana menteri kepada Anwar pada pertengahan 2020.


Anwar juga memaklumkan bahawa dalam perjumpaan itu beliau turut berkongsi dengan Dr Mahathir mengenai pertemuannya dengan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini.


Anwar turut mendapatkan nasihat Dr. Mahathir sebelum bertemu dengan Perdana Menteri India, Narenda Modi pada minggu depan.


Beliau juga berkata Dr. Mahathir bersetuju dalam strategi yang sama mengenai hubungan dengan Singapura dan fokus untuk membasmi kemiskinan dan kesenjangan ekonomi. 


Norlida Ishak Shop