Expired : 18.06.18

Anwar berjiwa kalah, prejudis terhadap Melayu: Aminuddin


BANGI, 11 Muharram 1441H, Rabu – “Saya tak pasti kalau Anwar berjaya jadi perdana menteri nanti, adakah beliau akan memperjuang nasib orang Melayu atau hanya bergayut kepada taikun-taikun Cina?.”


Demikian persoalan dibangkitkan Presiden Gerakan Islam sederhana, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Haji Aminuddin Yahaya mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim  yang meremehkan kebolehan orang Melayu untuk menumbangkan ekonomi Cina.


Anwar yang berucap dalam Siri Dialog Digital Native Agenda 23 (DNA23) sempena Minggu Mesra Siswa – Siswi UKM Sesi 2019/2020, Selasa lalu berkata, ekonomi orang Cina terlalu kuat untuk diboikot secara kecil-kecilan.


Katanya, tindakan memboikot yang dilakukan segelintir pihak hanya bertujuan menakutkan kaum tersebut, malah orang Melayu mudah panik dan tiada keyakinan dalam isu membabitkan ekonomi.


Menyelar kenyataan itu, Aminuddin yang juga Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) menegaskan, kenyataan Anwar amat salah kerana kempen yang dilancarkan tidak pernah menyebut untuk memboikot mana-mana pihak dan tidak wujud sebarang arus kempen memboikot.


Bukan itu sahaja, kenyataan Anwar juga seolah-olah menunjukkan bahawa beliau sudah hilang keyakinan diri, berjiwa kalah dan tidak merasakan orang Melayu boleh membangunkan ekonomi sendiri. Anwar prejudis terhadap Melayu. 


“Dari aspek psikologinya, seseorang yang hilang keyakinan diri pasti tidak akan mampu membuat perubahan dan keputusan besar. Oleh itu, saya bimbang masa depan orang Melayu akan tergadai jika beliau menjadi perdana menteri nanti,” tegasnya.


Susulan itu, Aminuddin meminta seluruh rakyat untuk sama-sama membuktikan bahawa orang Melayu mampu berdiri sendiri dan boleh membina empayar besar ekonomi.


“Dengan syarat kita perlu berusaha, saling tolong-menolong dan bersatu hati. Insya-Allah sama-sama kita usaha dan doakan. Amin,” katanya.


The post Anwar berjiwa kalah, prejudis terhadap Melayu: Aminuddin appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop