Expired : 18.06.18

Anwar bertemu Rahul Gandhi dalam lawatan ke India

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim gembira kerana berpeluang mempelajari isu terkini tentang kesihatan, keselamatan siber dan isu-isu kebersendirian dalam lawatan pertama beliau selama lima hari ke India.


Beliau turut menyampaikan ucaptama pada persidangan Raisina Dialogue anjuran kumpulan pemikir Observer Research Foundation (ORF) dengan Kementerian Hubungan Luar India.


“Permulaan yang baik di #Raisina2019 – mendengar dan belajar daripada perkongsian tentang kesihatan yang mampu diakses, keselamatan siber, privasi dan isu ekonomi – semua isu yang perlu ditangani Malaysia secara langsung,” kata Anwar menerusi akaun Twitter beliau.


Bakal perdana menteri Malaysia itu turut meluangkan masa bertemu Presiden Kongres Kebangsaan India, Rahul Gandhi yang merupakan anak bekas perdana menteri India Rajiv Gandhi.


Beliau turut diwawancara oleh wartawan Geeta Mohan dari stesen televisyen dan portal berita IndiaToday hari ini.


Dalam lawatan kali ini Anwar dijangka singgah ke Bengaluru dan melakukan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri Karnataka, H.D. Kumaraswamy, menyertai persidangan perniagaan Pergabungan Industri India (CII), dan bertemu dengan kapten industri sektor teknologi India.


Norlida Ishak Shop