Expired : 18.06.18

Anwar hargai sumbangan dan dedikasi Chong Wei

Presiden KEADILAN, Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan buat jaguh badminton negara Datuk Lee Chong Wei yang mengumumkan persaraannya hari ini.


Anggota Parlimen Port Dickson itu menghargai segala jasa dan kerja keras Chong Wei dalam mengharumkan nama negara sepanjang 19 tahun beliau bermain badminton.


“Sekalung penghargaan buat Datuk Lee Chong Wei yang hari ini mengumumkan persaraannya. Terima kasih atas komitmen dan dedikasi beliau buat tanahair tercinta,” katanya.


Pagi tadi, Malaysia digemparkan dengan keputusan ikon negara itu yang sebak dan menangis sewaktu mengumumkan perkara tersebut bersama menteri belia dan sukan serta presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pagi ini.


Pada hujung 2018 Chong Wei dilaporkan menghidap kanser hidung dan mendapatkan rawatan di Taiwan.


Jaguh badminton itu pernah merangul pingat perak temasya Olimpik bermula di Beijing 2008, diikuti London 2012 dan Rio de Janeiro 2016.


Beliau juga pernah menjadi pemain badminton lelaki nombor satu dunia selama empat tahun berturut-turut.


Norlida Ishak Shop