Expired : 18.06.18

Anwar nasihat Bob jelaskan kenyataan

Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Senator KEADILAN, Bob Manolan Mohd agar menjelaskan ucapannya dalam satu majlis bersama tok batin dan ketua kampung Orang Asli di Pos Betau, Jelai pagi ini.


Anwar yang masih berada di India membuat gesaan tersebut selepas Bob dilaporkan menggesa kumpulan pemimpin masyarakat itu agar wajib mengundi Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Cameron Highland 26 Januari ini.


“Tiada paksaan dalam demokrasi. Bob perlu jelaskan kenyataannya segera,” kata Anwar mengulas laporan Malaysiakini menerusi Twitter beliau.


Masyarakat Orang Asli membentuk kira-kira 20 peratus daripada pengundi Cameron Highlands.


Harapan akan mempertaruhkan M Manogaran dari DAP, yang tewas kepada calon MIC, C Sivarraajh dengan kurang daripada 600 undi pada pilihan raya umum lalu manakala BN mempertaruhkan seorang bekas pegawai polis kanan Orang Asli tempatan, Ramli Mohd Noor.


Norlida Ishak Shop