Expired : 18.06.18

Anwar: Raikan budaya saling mengkritik Pakatan Harapan

Amalan melontarkan teguran dan kritikan di kalangan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan adalah satu perkara biasa yang tidak makan menimbulkan perpecahan, kata Ketua Umum Pakatan Harapan, Anwar Ibrahim.


Media pada masa sama kata Anwar, perlu membiasakan diri dengan menterjemahkan budaya tersebut sebagai pendekatan sihat dan tidak menimbulkan panik di kalangan rakyat.


Anwar berkata demikian sewaktu mengulas pandangan Naib Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mengenai penyelarasan komunikasi Harapan dalam menangkis isu perkauman yang dijaja Umno-Pas.


“Walaupun media bebas sekarang, tapi kebanyakannya masih di kerangka lama.


“Itu adalah teguran beliau (Rafizi). Apa yang perlu dirisaukan?


“Saya juga menegur pemimpin Harapan untuk bekerja kuat,” katanya yang mendedahkan perkongsian pandangan beliau dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo berhubung akses Internet.


“Beliau menerimanya dengan baik kerana tahu kita buat untuk kebaikan.


“Perkara ini normal, takkanlah tegur sikit pun tidak boleh,” katanya.


Norlida Ishak Shop