Expired : 18.06.18

Anwar: Rakyat kena awasi pemimpin bermewah

Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan umum pertamanya selepas diampunkan mengingatkan rakyat agar sentiasa memastikan wakil rakyat yang dipilih bekerja dengan baik.


“Terus pantau pastikan wakil rakyat kita. Bukan untuk kita takbur. Jangan sombong. Kita perlu berjuang dengan ikhlas. Pegang amanah dan jangan cuai.


“Kalau nampak lebih gaya, menang nikah satu lagi, tukar kereta, beli apartment baru, dan kalau kita dapat tahu, kita lesing,” katanya pada Himpunan Merdeka Rakyat di Padang Timur, Petaling Jaya malam tadi.


Anwar juga mengingatkan bahawa pemimpin yang dilantik sebagai menteri perlu diberi peluang untuk menjalankan tugas mereka.


“Tapi kalau ada kekurangan tegur mereka. Kalau mereka mewah lebih-lebih, kita terajang mereka.


“Tapi bukan Tun M, yang lain,” katanya berjenaka.


Terdahulu, Anwar disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh ribuan yang hadir meraikan pembebasan ikon Reformasi itu. 


Hujan yang turun pada sebelah petang sehingga menyebabkan padang lecak tidak melemahkan semangat orang ramai yang hadir untuk mendengar ucapan sulung pemimpin kesayangan mereka itu.


Turut hadir semalam adalah pimpinan-pimpinan utama Pakatan Harapan.


Norlida Ishak Shop