Expired : 18.06.18

‘Anwar salah bila kata bukan Islam ada hak bahas undang-undang Syariah’

BANGI, 26 Ramadan 1439H, Isnin – Pandangan Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa golongan bukan Islam berhak membahaskan dan campur tangan terhadap undang-undang Syariah adalah salah, kata Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (Centhra).


Ketua Eksekutif dan Peguamnya, Azril Mohd Amin berkata, undang-undang syariah terutamanya bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan)1965 (RUU355), hanya melibatkan individu beragama Islam.


Katanya, perkara itu sudah jelas dalam Bahagian 1 Senarai II Jadual Kesembilan yang menyatakan bahawa Mahkamah Syariah, yang menjadi subjek RUU355, mempunyai bidang kuasa hanya untuk orang Islam dan tidak melibatkan bukan Islam.


Azril Mohd Amin

“Kami di Centhra sentiasa mengekalkan bahawa undang-undang syariah, khususnya RUU355 hanya memberi kesan kepada umat Islam dan tidak kena mengena dengan orang bukan Islam,” katanya.


Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Anwar yang mendakwa, orang bukan Islam mempunyai hak untuk membahaskan dan mempertimbangkan undang-undang yang dikenakan terhadap orang Islam, merujuk usul meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah, RUU355.


“Sebarang perundangan, meskipun kelihatan hanya memberi kesan kepada orang Islam, tidak dapat tidak akan turut mempengaruhi orang bukan Islam, maka mereka ad hak untuk ikut serta,” kata Anwar.


Dalam masa sama, Azril turut tidak bersetuju dengan pandangan Anwar bahawa RUU335 hanyalah semata-mata interpretasi Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.


“Ia tidak begitu kerana bidang kuasa mahkamah secara rutinnya sentiasa meningkat, sejak bidang kuasa mahkamah dinaikkan pada 1984 dan mahkamah sivil juga mempunyai bidang kuasa mereka sendiri yang dinaikkan pada 2010,”katanya.



The post ‘Anwar salah bila kata bukan Islam ada hak bahas undang-undang Syariah’ appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop