Expired : 18.06.18

Apa masalah jika Syiah lawat Parlimen, tanya Mujahid


KUALA LUMPUR, 6 Zulkaedah 1440H, Selasa – Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa hari ini menyangkal dakwaan mengenai tersebarnya fahaman Syiah di Parlimen seperti tular di media sosial.


Beliau menegaskan, kunjungan delegasi Iran ke Parlimen pada 4 Julai lepas, tidak bermaksud Malaysia menerima fahaman itu.


“Jika ada Syiah masuk (lawat) Parlimen, apa masalah. Duta Iran pernah beberapa kali datang. Apa salah kalau mereka datang Parlimen. Itu (lawatan) tidak menjadikan kita Syiah hanya kerana ada orang Syiah,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, hari ini.


Pada 4 Julai lepas, laman Facebook rasmi Parlimen Malaysia memuat naik beberapa keping foto yang menunjukkan delegasi Iran membuat kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof.



Susulan hantaran berkenaan, laman Facebook ‘Gerakan Anti Syiah Malaysia’ berkongsikan gambar itu dengan kapsyen ‘Semakin rancak Syiah sampai singgah masuk Parlimen’, dengan lebih 2,500 perkongsian.


Mengulas mengenai kumpulan Skuad Badar yang dikatakan ingin berdialog dengan beliau, Mujahid menyarankan kumpulan itu berjumpa dengan pihak kerajaan negeri (Kedah).


“Kuasa penguatkuasaan agama terletak di negeri. Saya jaga Persekutuan. Kami hormati penguatkuasaan daripada penguat kuasa agama, supaya tidak berlaku sebarang percanggahan,” katanya.


Media sebelum ini melaporkan kumpulan Skuad Badar bakal membuat kemunculan semula bagi membanteras gejala maksiat dalam kalangan masyarakat Islam. – Bernama


The post Apa masalah jika Syiah lawat Parlimen, tanya Mujahid appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop