Expired : 18.06.18

Apa nasib pemain dan bola sepak Malaysia?

Apa nasib pemain dan bola sepak Malaysia?

Selepas PKP memasuki fasa ke-3, desas desus masalah gaji pemain bagai bom jangka yang mula meletup dari segenap pelusuk tanahair kecuali pasukan JDT dilihat tidak menghadapi sebarang masalah ini.



Sikap saling tidak boleh bertolak ansur akan memburukkan lagi masalah ini memandangkan penaja juga sedang memikirkan nasib mereka dalam menghadapi kegawatan ekonomi yang dijangka berlaku sebaik sahaja proses PKP diteruskan atau selesai.


Bola sepak Malaysia antara paling terkesan apabila kegawatan ekonomi berlaku kerana antara Liga paling tidak kompetitf dari segi pulangan wang di asia. Kebanyakan pasukan masih bergantung harap daripada dana-dana kerajaan dan penajaan daripada syarikat yang kecil.


Oleh itu, sama-samalah kita mendoakan supaya Liga Bola Sepak Malaysia terselamat daripada kegawatan ekonomi ini.


Jika anda ada apa-apa cadangan atau penulisan yang ingin dikongsi sila emailkan ke info@gawang.my.