Expired : 18.06.18

“Apa Pun Terjadi Kami Akan Sentiasa Menyayangi & Membahagiakan Jonah dan Molly!” – Suami Jaclyn Victor Umum Sudah Bercerai




Fiza Kamarudin



Hiburan


“Apa Pun Terjadi Kami Akan Sentiasa Menyayangi & Membahagiakan Jonah dan Molly!” – Suami Jaclyn Victor Umum Sudah Bercerai
Suami kepada penyanyi Jaclyn Victor, Shawn Rivera mengumumkan sudah bercerai dengan penyanyi tersebut selepas tidak tinggal sebumbung selama lebih satu tahun.

Shawn yang juga anggota kumpulan R&B Az Yet berkata, mereka telah mencuba yang terbaik namun gagal untuk mencari persefahaman semula.

Bagaimanapun kata Shawn, biar apa pun terjadi dia dan Jac akan tetap sentiasa menyayangi anak-anak mereka iaitu Jonah Joshiah Rivera, 5, dan Molly Marguerite Rivera, 3.

“Dengan berat hati, kami secara rasminya sudah bercerai. Tidak mudah untuk membuat keputusan ini.

“Kami sudah mencuba yang terbaik, selepas lebih satu tahun kita tidak tinggal sebumbung, kita gagal mencari persefahaman dan keserasian.

"Kami juga berharap agar kegagalan hubungan ini tidak memberi kesan negatif terhadap anak-anak. Walau apa pun terjadi kami takkan mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.

“Kami akan kekal komited memberikan yang terbaik buat dua anak kami supaya mereka menjadi insan berguna apabila dewasa kelak.

“Walau apa pun yang terjadi kami akan sentiasa menyayangi dan menggembirakan Josh dan Molly! Melihat senyuman mereka terubat rasa sedih dihati,” katanya.

Shawn turut berharap agar tidak ada spekulasi negatif yang timbul selepas pengumuman mengenai penceraian tersebut dibuat.

“Hanya yang melaluinya sahaja tahu apa berlaku. Jadikan hentikan khabar angin dan berspekulasi kerana cerita negatif akan memberi impak tidak baik terhadap anak-anak kami,” katanya.

Shawn juga meminta semua pihak supaya menghormati situasinya bersama Jac ketika ini dan mohon supaya masing-masing tidak diganggu.

Punca penceraian tidak didedahkan Shawn.

Shawn dan Jac berkahwin pada 19 Julai 2014 di gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat.