Expired : 18.06.18

Apa sudah jadi, Maszlee mana?


BANGI, 29 Jamadilawal 1440H, Isnin – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membangkitkan persoalan sama ada janji Pakatan Harapan (PH) untuk memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah terlaksana ataupun tidak.


Beliau dalam tulisan di laman Facebook berkata, selain PTPTN, PH juga pernah menabur janji untuk memberi pendidikan percuma.


Namun, beliau berkata, kini Ketua Pegawai Eksekutif PTPTN, Wan Saiful Wan Jan pula mahu bercuti panjang sebelum bersara dan tidak mahu kontraknya disambung.


“Apa sudah terjadi? Macam sudah huru-hara. Maszlee mana?


“Tengah sibuk angkat kapak nak roboh pagar tol Simpang Renggam, ke?,” soalnya.


Jaminan mengenai pemansuhan pinjaman PTPTN dan pemberian pendidikan percuma sering dilaungkan PH sejak sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lagi.


Pun begitu, selepas PRU14, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik telah menegaskan bahawa peminjam yang memperoleh gaji di bawah RM4,000 tidak perlu membayar PTPTN.


Ini kerana, katanya, ia merupakan 10 janji dalam 100 hari pentadbiran PH.


“Selagi gaji belum mencecah RM4,000, mereka tidak perlu bayar. Kita tidak tetapkan tempoh-tempoh tertentu. Namun, jika mereka tetap ingin membayarnya, kita amat alu-alukan,” kata Maszlee.


The post Apa sudah jadi, Maszlee mana? appeared first on Portal Islam dan Melayu | ISMAWeb.


Norlida Ishak Shop