Expired : 18.06.18

Apakah Hukum Suami Membelanjakan Wang Mas Kahwin? Ini Jawapannya

Apakah Hukum Suami Membelanjakan Wang Mas Kahwin? Ini Jawapan! Daripada sudut bahasa, mahar bermaksud: “Apa yang dibayar oleh suami kepada isteri sebagai hadiah kepadanya dengan sebab akad nikah.


Soalan


Suami saya telah membelanjakan wang mas kahwin semasa kami kahwin tanpa pengetahuan saya kerana betul betul terdesak. Halalkah dia berbuat demikian?


Jawapan:


Wang mas kahwin yang diberi oleh suami kepada isteri adalah hak milik mutlak isterinya. Firman ALLAH SWT: “ Berilah kepada wanita-wanita itu maharnya sebagai pemberian yang wajib.” Surah al-Nisak: 4


Kesimpulannya

Haram bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri tanpa kerelaan dan kebenaran isteri, kerana mahar adalah hak milik isteri yang diisytiharkan ALLAH dalam al-Quran. Harus hukumnya bagi suami memakan/ menggunakan/ mengambil manfaat daripada mahar isteri jika dengan kebenaran isteri.


Norlida Ishak Shop