Expired : 18.06.18

“Apapun jawapannya yang akan dibongkarkan oleh pihak PDRM nanti, kita terima dengan hati terbuka…” – Mohon doa supaya Acap tergerak hati hendak pulang

Misteri kehilangan Acap dikatakan telah terlerai. Cuma maklumat sah tidak boleh didedahkan kepada umum lagi yang pasti, ianya tidak melibatkan kehilangan ny4wa.


Menurut posting terkini Mohd Fitri, hanya keluarga Acap dan pegawai bomba sahaja boleh kongsi apa sebenarnya yang berlaku untuk merungkai misteri.



Teka teki kehilangan Acap hampir terungkai? Banyak hint atau petunjuk diberi oleh salah satu team SAR ini. Menurut pemilik FB Muhammad Mamzah. Antaranya kes ini tidak langsung membabitkan misteri alam jin bunian dan mistik.



Boleh baca luahan hati penuh:


Alhamdulillah selesai sudah tugas kami disini.


Tengah hari ini kami beransur pulang. Satu pengalaman yang takkan dilupakan. Misi membantu keluarga Abg Zaid untuk mencari adiknya, Acap yang hilang tanpa jejak.


Kami sudah jalankan tugasan kami sebaik mungkin. Semoga informasi yang kami sudah sampaikan dapat membantu usaha di hari mendatang. InsyaAllah tak lama lagi settle lah tu.


Tak lupa juga kepada team yang padu dan semangat juang yang tinggi. Korang memang terbaik, memang redah tempat yang orang tak masuk punya. Syukur sebab telah berjaya rungkaikan dan sampai kepada konklusi akhir.


Jutaan terima kasih kepada Im Paskal, Uncle David, Abg Annuar, Rizal Tarzan, dan adik Zarul n team.


InsyaAllah persahabatan yang takkan putus. Sama-sama susah redah ke semua tempat tanpa henti dan all out sampai kita semua dpt jawapan bersama dan diserahkan kepada abang Zaid dan wakil PDRM. Hujan panas, terik mendung, sungai lumpur, semua kita dah redah, setakat netizen maki ni apa adahal gais.


Tak lupa juga, terima kasih kepada semua team yang terlibat baik secara rasmi atau sukarela. Sekalung tahniah dan penghargaan kepada pihak MOSARS, BOMBA, PDRM, ATM, dan semua unit lain yang terlibat. Semoga kita sama-sama tabah menghadapi jawapannya nanti.


Jangan bersedih teman… kita semua sudah all out berikan yang terbaik. Tiada lain niat kita semua sama, iaitu hendak membantu orang yang tengah susah dan kehilangan ahli keluarga.


Apapun jawapannya yang akan dibongkarkan oleh pihak PDRM nanti, kita terima dengan hati terbuka. Yang pasti ia akan memusnahkan segala mak nenek teori alam ghaib yang merapu dan meraban.


Tak lupa kepada semua gerakan-gerakan Ahlillah yang terlibat, para scanner, tracker, para pewaris yang Haq, jutaan terima kasih dan Alhamdulillah ala kulli haal kerana sudi membantu kami. Wa Nafaana wa iyyahum bi uluumihim fid Daaraini, Aamiin…


Akhir kata, kepada keluarga Asyraf semoga terus bertabah menghadapi segala jerit perih ini sehinggalah semuanya selesai.


Kami disini mendoakan agar satu hari nanti saudara Asyraf tergerak hati hendak pulang dan dapat kembali ke pangkuan keluarga dalam keadaan selamat.


Ini penting agar kita semua sama-sama dapat mendengar jawapan dan penjelasan daripada tuan empunya badan sendiri. InsyaALLAH…


Persoalan terakhir, Cui Bono? 
</div>
<script async src=
Norlida Ishak Shop