Expired : 18.06.18

Apigate: Penggunaan API Dapat Meningkatkan Pengoperasian Digital & Pendapatan Kepada Syarikat

Bersempena acara Wild Digital 2019 minggu lalu, Apigate telah berkongsikan pandangan mereka berkenaan ekosistem transformasi digital pada perniagaan Malaysia dalam sistem operasi. Apigate turut menyentuh perihal kepentingan peningkatan pengewangan pada sesebuah operasi perniagaan telekomunikasi atau pengedali rangkaian mudah alih.


Untuk makluman anda, Apigate adalah anak syarikat milik penuh Axiata Berhad, iaitu sebuah syarikat yang pada mulanya ditubuhkan untuk membantu menguruskan perniagaan teras telekomunikasi Axiata. Tujuan penubuhan Axiata adalah untuk menjadi sebuah syarikat pembangunan dan pengurusan antara muka aplikasi (API). 



Zoran VasiljevKetua Pegawai Eksekutif Apigate berpendapat terdapat pelbagai potensi yang ada pada industri telekomunikasi Malaysia. Oleh itu, dengan adanya penerapan tranformasi digital pada operasi tempatan kini sudah sampai saatnya untuk perniagaan memfokuskan pula kepada sistem pengewangan. Dengan adanya gabungan penerapan pendigitalan dan pengewangan ini, ia dapat membantu pelanggan untuk mengembangkan operasi mereka dengan lebih pantas. Zoran juga mengatakan selaku sebahagian daripada kumpulan pengendali rangkaian mudah alih – terdapat pelbagai fasa risiko yang perlu dihadapi dalam membentuk kesinambungan bersama syarikat perkhidmatan digital.


Hal ini kerana ekosistem rangkaian mudah alih sering dilihat sebagai ukuran kepada kejayaan dalam sesebuah ekonomi perniagaan. Oleh itu, beliau beranggapan melalui inisiatif penerapan tranformasi digital dan pengewangan pada sektor telekomunikasi dapat menjadi pemangkin bagi pelbagai perkhidmatan pelanggan dan perusahaan baru. Ia dapat membuka peluang kepada telekomunikasi untuk meningkatkan perkhidmatan mereka. Selain itu dapat mempelbagaikan sistem perniagaan baru dalam memastikan penawaran perkhidmatan mereka seiring dengan permintaan pengguna pada pasaran.


Wujudnya rangkaian mereka melalui teknologi API sumber terbuka, pengendali boleh memiliki peluang untuk memperoleh pulangan daripada pelaburan rangkaian awal mereka dan kekal berdaya saing dalam pasaran aktif.


Norlida Ishak Shop