Expired : 18.06.18

Aplikasi Google Podcasts Kini Boleh Dimuat-Turun Pengguna iPhone

Google Podcasts merupakan salah satu aplikasi yang disediakan oleh Google dalam memudahkan pengguna mengikuti pelbagai kandungan audio dengan mudah. Sebelum ini, ia telah ditawarkan untuk pengguna Android, dan melalui web. Hari ini, Google turut telah melancarkan aplikasi mereka untuk pengguna iOS.


Dengan Google Podcasts, anda boleh melanggan kandungan daripada sejumlah penerbit, selain turut mendengarnya terus pada aplikasi berkenaan. Pengguna juga turut boleh memuat-turun untuk mendengarnya secara luar-talian dengan mudah.


Bagi anda yang menggunakan iPhone, anda boleh memuat-turun aplikasi Google Podcasts ini hari in dan menggunakannya dalam mendengar kandungan audio – termasuk dari Amanz dan Rnggt.


Muat-Turun Google Podcasts untuk iPhone[/download]