Expired : 18.06.18

Aplikasi Microsoft Office Semua-Dalam-Satu Diperkenalkan Untuk Android

Microsoft sebelum ini telah memperlihatkan aplikasi semua dalam satu untuk Microsoft Office di peranti mudah-alih. Melaluinya, pengguna tidak lagi perlu memuat-turun aplikasi Word, PowerPoint dan sebagainya secara berasingan untuk mengakses dokumen Microsoft Office, sebaliknya boleh menguruskannya dengan mudah melalui suatu aplikasi yang sama.


Lanjutan daripada pengumuman dan ujian beberapa bulan lepas, hari ini Microsoft telah pun menerbitkan aplikasi berkenaan untuk digunakan semua pengguna Android seluruh dunia.


Microsoft Office


Kini, anda boleh memuat-turun aplikasi Microsoft Office ini di peranti Android, dan menggunakannya untuk pelbagai tugasan dan pengurusan dokumen. Selain daripada mengakses dokumen seperti Word, Excel dan PowerPoint, pengguna juga turut boleh menggunakannya untuk mengakses dokumen di OneDrive atau mengimbas dokumen menggunakan Office Lens.


Muat-Turun Microsoft Office untuk Android