v Aplikasi MySejahtera Menambah Ciri Imbasan QR Untuk Daftar Masuk Premis Perniagaan
Expired : 18.06.18

Aplikasi MySejahtera Menambah Ciri Imbasan QR Untuk Daftar Masuk Premis Perniagaan

Pada hari ini, terdapat perkhidmatan seperti SElangkah, DaftarQR, KLStep dan juga GerakMalaysia yang menyertakan sokongan untuk premis perniagaan menjana kod QR untuk digunakan dalam merekodkan pengunjung yang hadir ke sesuatu premis. Selain daripadanya, kini aplikasi MySejahtera turut menawarkan ciri terbaru selari dengannya.

MySejahtera QR

Kemaskini baru untuk MySejahtera kini menawarkan ciri ini, yang memudahkan pengguna untuk mengimbas kod QR, dan seterusnya memasukkan data mereka – berbanding menulis menggunakan pen di sejumlah premis pada hari ini. Langkah ini akan memudahkan lagi pemilik premis, mahupun pihak berkuasa sekiranya ingin melakukan pengesanan kontak berbanding perlu menulis menggunakan kertas. Buat masa ini, ciri ini lebih kepada imbasan kod QR sahaja, dan tidak menyertakan lagi kebolehan untuk premis menjana kod QR masing-masing.

MySejahtera merupakan aplikasi yang dibangunkan dengan kerjasama pihak KKM. Semestinya, dengan penggunaan aplikasi ini secara menyeluruh, ia akan menjadi salah satu aplikasi utama – sekaligus menggantikan pelbagai perkhidmatan lain dengan ciri sama di pasaran.

Buat masa ini, MySejahtera telah dimuat-turun oleh lebih 700,000 individu seluruh negara.