Expired : 18.06.18

Apple Akan Mengembangkan Sokongan App Store Kepada 20 Negara Baru

Dikala wabak COVID-19 sedang melanda dunia sekarang, pihak Apple masih lagi bekerja keras untuk mengembangkan sayap mereka ke negara-negara baru untuk mendapatkan pasaran peranti yang tertinggi.


Terkini, pihak Apple telah mengesahkan bahawa mereka akan mula menyokong 20 pasaran baru. Berikut adalah negara-negara yang akan menerima sokongan App Store secara rasmi pada tahun ini, melalui Perjanjian Pembangun Apple (Apple Developer Agreement):


Afghanistan

Gabon

Cote d’Ivoire

Georgia

Maldives

Serbia

Bosnia and Herzegovina

Cameroon

Iraq

Kosovo

Libya

Montenegro

Morocco

Mozambique

Myanmar

Nauru

Rwanda

Tonga

Zambia

Vanuatu


Di rantau Asia Tenggara, Myanmar nampaknya negara terbaru yang akan memperlihatkan sokongan rasmi App Store, manakala sebahagian besar negara-negara baru dilihat adalah dari rantau Asia Barat dan juga Afrika.


Buat masa ini, Apple masih belum mengumumkan bila sokongan ini akan tiba, tetapi menurut laporan 9 To 5 Mac, ia akan tiba sekitar tahun ini.