Expired : 18.06.18

Apple Dilaporkan Berbincang Untuk Membeli Perniagaan Modem Intel

Apple mungkin akan hanya menggunakan modem keluaran sendiri pada peranti mereka pada tahun 2025. Pembangunan modem buatan sendiri masih dilakukan dengan pesat bagi mengurangkan pergantungan kepada komponen luar seperti Qualcomm. Laman The Information hari ini melaporkan Apple sedang dalam perbincangan membeli pernigaan modem Intel yang berpangkalan di Jerman.


Intel telahpun keluar dari perniagaan menghasilkan modem untuk peranti mudah alih pada bulan April lalu. Ini berlaku sejurus selepas Apple dan Qualcomm menandatangani perjanjian menggunakan modem bagi menyelesaikan kes saman yang berlarutan sejak awak 2018. Hanya perniagaan modem di Jerman ingin diambil alih oleh Apple kerana Intel ingin memecahkan perniagaan sedia ada. Sekiranya pembelian berjaya dilakukan, Apple akan dapat mempercepatkan proses penghasilan modem mereka.


Norlida Ishak Shop