Expired : 18.06.18

Apple Mac Mini Baharu Boleh Dimiliki Pada Harga Bermula RM3449

Apple Mac Mini turut akhirnya dikemaskini selepas sekian lama dipandang sebagai produk yang dianaktirikan. Ia mengekalkan rekaan kotak kecil yang padat tetapi dengan spesifikasi yang cukup berkuasa seperti Intel Core-i7 dan memori sehingga 64GB DDR4. Bagi pengguna Mac Mini lama yang ingin melakukan pembelian, ia boleh dimiliki pada harga bermula dari RM 3449 sebuah.


Ini ialah untuk konfigurasi cip pemproses Intel Core-15 empat teras, memori sebesar 8GB RAM DDR4 dan storan SSD 128GB. Harga jualan akan mencecah RM 17.889 untuk konfigurasi cip Intel Core-i7 enam teras, memori sebesar 64GB DDR4 dan storan SSD 2TB. Seperti MacBook Air baharu, pesanan hari ini akan hanya diterima dalam masa empat hingga enam minggu.


Norlida Ishak Shop