Expired : 18.06.18

Apple Macbook Pro 16-Inci Mula Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga Sehingga RM26,719

Hampir sebulan selepas model Apple Macbook Pro 16-inci tersedia di laman jualan Apple Malaysia, model ini sudah boleh didapatkan oleh para pengguna secara rasmi.


Seperti model-model keluaran Apple sebelum ini, Macbook Pro 16-inci ternyata turut hadir dengan harga yang premium dengan harga permulaan RM10,499. Berdasarkan model dengan spesifikasi terendah, anda bakal menerima sebuah model dengan penyertaan processor Intel Core i7 2.6Ghz, RAM 16GB DDR4, SSD 512GB beserta GPU AMD Radeon Pro 5300M 4GB.



16-inch-MacBook-Pro-2019-1

Sumber: 9to5mac



Selain itu, Apple turut menawarkan peluang buat anda untuk tingkatkan prestasi Macbook Pro 16-inci anda dengan penyertaan spesifikasi yang lebih hebat yang bakal menelan belanja sehingga RM26,719. Oh ya, harga yang diumumkan juga tidak termasuk penyertaan perisian Final Cut Pro X dan Logic Pro X.


dims

Sumber: Engadget



Sebanyak dua warna ditawarkan buat model terbaru Apple ini yang terdiri daripada Space Grey dan Silver. Sekiranya anda mahukan komputer riba terbaik yang menggunakan sistem operasi Mac OS, mungkin model ini antara pilihan yang anda boleh dapatkan ketika ini.


Sekitar September lalu, MAS telah mengeluarkan kenyataan yang bakal menghalang sebahagian model Macbook Pro 15-inci untuk bagasi penerbangan.



MAS Halang Sebahagian Model Macbook Pro 15-Inci Untuk Bagasi Penerbangan





Apple Lancarkan Macbook Pro 16-Inci Dengan Harga Bermula Daripada RM10,499




Norlida Ishak Shop