Expired : 18.06.18

Apple Mempertahankan Polisi “Mengunci Bateri” Peranti iOS Yang Ditukar Di Pusat Gantian Tidak Rasmi

Seminggu lalu iFixit melaporkan Apple mula “mengunci fungsi” bateri yang ditukar di pusat gantian pihak ketiga. Mereka mendapati walaupun bateri asli ditukar ke dalam sebuah iPhone, paparan skrin tetapan bateri di dalam iOS tetap akan memberikan notifikasi yang mengatakan ia tidak boleh mengesahkan bateri yang digunakan adalah asli.


Tindakan Apple ini menerima reaksi yang negatif dari pengguna yang memilih untuk mendapatkan perkhidmatan gantian dari pusat ganti tidak rasmi atau melakukannya sendiri di rumah. Pengusaha pusat gantian pula mendakwa ini adalah usaha Apple untuk menimbulkan keraguan pengguna terhadap perkhidmatan mereka kerana kelihatan seperti alat ganti palsu digunakan.


Apple akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai isu mengunci bateri ini menerusi laman iMore. Menurut Apple, tindakan ini diambil bagi melindungi pengguna daripada bateri yang mungkin rosak dan berpotensi menimbulkan risiko keselamatan. Pada waktu yang sama mereka berkata pengguna hanya kehilangan akses melihat tahap kesihatan bateri tanpa pengurangan prestasi pada telefon.


Norlida Ishak Shop