Expired : 18.06.18

Apple Memulakan Program Gantian Skrin Untuk iPhone X Dan SSD MacBook Pro 13

Antara perkara yang ditakuti pengguna peralatan elektronik ialah kerosakan yang berlaku boleh mengakibatkan kos baik pulih yang tinggi. Kadang kala kerosakan ini bukan disebabkan kelalaian pengguna tetapi adalah masalah sejak ia masih di kilang. Pengguna iPhone X dan MacBook Pro 13″ tanpa Touch Bar boleh menghela nafas lega kerana Apple memulakan proses gantian percuma ke atas dua masalah yang menghantui produk ini.



Pada iPhone X, Apple akan menggantikan skrin yang mempunyai masalah mengesan sentuhan. Sebahagian skrin tidak mengesan sentuhan sekaligus menjadikannya tidak responsif. Pada MacBook Pro 13″ pula, terdapat masalah kehilangan data kerana kerosakan pada SSD yang digunakan. Masalah ini dikesan pada MacBook Pro 13″ dengan storan 128/256GB yang dihasilkan di antara Jun 2017 dan Jun 2018. Bagi melihat sama ada anda layak menerima alat ganti percuma sila ke pautan di bawah.


Layari –  Laman memeriksa kelayakan gantian SSD untuk MacBook Pro 13″


Norlida Ishak Shop